Assalamualaikum (",)
hi my lovely readers
penat balik dari Kelantan masih terasa lagi. even bukan nik yang drive..haha
hari selasa petang bertolak dari HUSM kul 2.30 petang. sampai ke Puchong dalam kul 11.30 malam
tak lama mana pun bagi yang dah biasa.
kalau sesiapa yang dah biasa guna laluan dari KL ke Gua Musang melalui highway Karak, Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang,tau la kot macam mana keadaannya jalannya.
lori balak yang slow and steady kat atas jalan melembabkan lagi perjalanan. sabar jea lah.
nak potong kena hati - hati, sebab jalan berbukit-bukit, tak nampak kereta dari depan. kang salah potong, naya jea
tapi cuak jugak kalau duk belakang lori balak tu, fikir bukan-bukan dah nik ni. buat nyer kayu balak tu bergolek.huhu
sempat jugak adik-adik nik singgah beli bantal ulat di Machang... hehe...kedai tepi jalan.
bantal tu harga dalam rm 14 sebiji
bantal tu harga dalam rm 14 sebiji


pastu singgah pulak untuk makan tengah hari dan solat kat hentian baru di Gua Musang.
1st time nik singgah hentian ni. hentian baru ni lebih selesa dan tandasnya pun masih bersih.
1st time nik singgah hentian ni. hentian baru ni lebih selesa dan tandasnya pun masih bersih.



Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami. nik dan adik-adik telah selamat kembali ke Puchong.
minggu depan khamis dan isnin, cuti sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam
so harap dapat balik lagi ke Kelantan. insyaAllah, mintak-minatk kali ni hubby dapat la cuti kan :)