Quantcast
Channel: ❤ Journal of my life ❤
Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

perkembangan yang positif

$
0
0

Assalamualaikum  (",)


baru sampai dari kampung. bertolak dari kelantan kul 6.30 pagi, sampai Puchong kul 2 petang tadi.
penat sangat! tapi nak update jugak blog.

nik dan adik-adik sebenarnya tak merancang pun nak balik kampung jumaat lepas. sebab ingat cuti Maulidur Rasul ni nak balik lama skit. tapi tak tenang hati iolss ni kalau tak tengok sendiri keadaan adik.
nik dan adik-adik gerak balik ke Kelantan pagi jumaat. Alhamdullillah, petang jumaat tu ngam-ngam kami sampai, adik dah di pindahkan ke wad biasa :)
badan adik still lemah, tapi boleh lagi bagi senyuman .siap tunjuk tangan yang sembab tu kat kami ni.hehe..lega dapat tengok dia.  
still kena masukkan air coz adik tak di benarkan makan or minum lagi. Ma bagi minum air zam zam dulu.tu pun letak sikit2 jea kat mulut.
sama keadaan macam ayah nik dulu. lepas operation mesti demam.
tido sepanjang hari. kesian sangat . ada gak la bangun sekejab2 mintak air.

peneman setia. Ma nik tak nak tau orang lain jagakan adik.kalau dia balik ke rumah pun, hati dia takkan tenang so baik dia yang jaga . sian sebenarnya kat Ma. peneman hanya di sediakan kerusi jea :(
tapi semalam dah belikan tikar dan bantal. pastu akak suh bawakkan tilam kecik dari rumah.senang Ma nak baring-baring.
tak pernah tengok Ma penat. selalu bertenaga jea.tak pernah nak merungut.
maybe sebab Ma dah biasa jaga family yang sakit. tetiba terbayang kisah dolu2.nenek nik dulu banyak kali gak la keluar masuk hospital.setiap kali tu, Ma la yang akan jadi peneman.petang sampai ke malam jaga nenek, pagi pulak mengajar kat sekolah..kami adik beradik, pagi2 dah bangun nak ambik Ma kat hospital, bawak ke sekolah.lepas abis sekolah hantar Ma balik ke hospital untuk jaga nenek.huhu..ulang alik macam tu la sampai nenek saya sembuh

hope saya akan buat macam tu jugak bila Ma perlukan saya nanti. terima kasih Ma sebab selalu tunjukkan contoh yang baik buat kami adik beradik.banyak nak kena belajar dari Ma.sumber kekuatan saya . miss u so muchhhh..
ehhh..tetiba melalut ke citer dolu2 yea

doakan moga adik saya cepat sembuh. pembedahan tu sebenarnya dah buat segala organ lain tak duk kat kedudukan asal. so ambik masa untuk organ lain berfungsi dengan baik.
doctor mintak kami bagi tempoh kat dia sampai Rabu untuk adik pulih. 
ambil la masa sebanyak mana pun doc, asalkan adik saya sembuh dan sihat macam dulu

psttt!!

tak sempat nak terjah blog korang semua lagi.
thanks pada yang sudi singgah dan bagi kata-kata semangat :)
InsyaAllah, kami kuat :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

Trending Articles