Assalamualaikum (",)
hi my lovely readers

Alhamdulillah..setakat ni ok lagi. maybe sebab baru 2 hari start keje kan ^__^
cuma letih skit. tapi ok la coz dapat belajar benda baru.berkawan dengan orang-orang baru..belajar sistem kerja yang baru.serba serbi baru. cuma masih dalam keadaan shy2 cat...muehaha
akan cuba sedaya upaya tuk sesuaikan diri di sini
first dan second day? masih lagi blur, maybe tak biasa dengan sistem yang diorang gunakan. dan sepatutnya nik pegang jawatan ICT tapi staff lama nak jawatan tu so boss letak nik di bahagian operation. so blaja benda baru lagi :) apa-apa jea.asal keje kan.
gaji yang di tawarkan pun ok. siap ada elaun untuk makanan dan transport. kalau kedatangan penuh setiap bulan tanpa annual leave dan MC akan dapat lagi tambahan elaun RM150.
wahhh!!! ka ching $$$$$...ni baru bersemangat nak ke opis ^__^
yang penting cuti Sabtu dan Ahad.
apa-apa pun sangat bersyukur dengan rezeki yang nik dapat sekarang ni. ada hikmah nik berhenti kerja sebelum ni.Allah bagi rezeki yang lain. Allah selalu bagi kemudahan dalam setiap kesusahan. Allah sebaik-baik perancang.
doa -doa la moga nik dapat kekal lama kat sini. masalah dan stress ngan kerja tu mesti akan ada punya. first day nik kerja pun dah macam boleh agak diorang ada masalah sesama mereka. sifat tak puas hati tu akan ada punya lah. hahaha..cuma nik harap dapat hadapi dengan tenang.
dah berpengalaman ngan beberapa company, so pengalaman dulu sangat-sangat berguna. buat kita lagi matang dan tahu macam mana nak handle masalah dan stress.
psttt!!!
tak sempat langsung dah nak jenguk blog kawan-kawan. minta maaf sesangat. mungkin lepas ni, berblog di malam hari jea la.