Quantcast
Channel: ❤ Journal of my life ❤
Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

dekorasi ruang tamu idamanku

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

bosannn..arini tak ada apa nak buat, so usha gambar dekorasi rumah. 
pastu berangan nak hias rumah macam mana. elok sangat la perangai macam tu yea..huhu

disebabkan skarang tak berkerja, so kita berangan jea la dulu. ..tak kena bayar pun kan
nanti bila ada duit terlebih, nak hias cantik - cantik  ^___^
skarang ni ruang tamu umah nik simple sesangat. nasib baik mampu lagi beli sofa
nik suka ruang tamu yang ade sofa berbentuk L 
kalau tak dapat pun, biar ruang tamu tu ade set sofa yang lengkap
lebih prefer sofa fabrik dari sofa kulit

 nik tak pandai menghias tapi suka tengok hiasan dalaman yang cantik - cantik.
nanti boleh cilok idea dari gambar kat bawah ni
semua macam menarik jea :))

ruang tamu gabungan warna hitam dan putih ni sangat la menawan



sofa kuning ni menarik jea :)

simple tapi menarik !!

sumber gambar SINI

Petua dalam menghias ruang tamu rumah anda.

1. Pilih perabot yang sesuai dengan saiz ruang tamu.

2. Pastikan jarak di antara satu sofa atau kerusi tidak terlalu jauh.

3. Serikan ruang tamu dengan pokok hidup atau sejambak bunga.

4. Jangan letak pokok plastik kerana ia akan membuatkan ruang tamu nampak kaku.

5. Segarkan ruang tamu dengan meletakkan semangkuk pot-pouri atau nyalakan lilin wangi yang diletak di dalam mangkuk air.

6. Jangan letakkan televisyen di ruang tamu kerana akan mengganggu perbualan. Bagaimanapun jika terpaksa kerana tidak ada ruang lain maka terpaksalah juga meletakkan televisyen di ruang tamu.

7. Jangan terlalu padat ketika menyusun perabot kerana lebih ringkas adalah lebih baik.

8. Bagi ruang yang sempit, warna dinding mestilah terang kerana warna gelap akan menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna-warna lembut seperti putih, kuning air dan krim. Dinding yang dicat dengan warna putih atau warna lembut mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna sofa atau bingkai gambar.

9. Rumah yang mempunyai banyak sudut atau berbelok-belok boleh dicat dengan warna berbeza pada setiap sudut.

10. Rumah yang banyak barang tidak sesuai menggunakan kertas dinding kerana rumah akan nampak lebih berserabut.

11. Rumah yang tak banyak perabot boleh menggunakan kertas dinding tetapi jangan semua dinding diletakkan kertas dinding. Letak pada satu bahagian sahaja.

sumber di SINI

hias macam mana sekalipun, yang penting dapat beri keselesaan kepada kami sekeluarga
so bila masuk rumah akan rasa tenang jea  ^__^



Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

Trending Articles