Quantcast
Channel: ❤ Journal of my life ❤
Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

A Journey of Rumah Pertamaku Part 2

$
0
0

Assalamualaikum  (",)

kali ni nak share sal rumah lagi.lebih kurang sebulan dari tarikh sign SnP, 
lawyer call untuk kami ambik copy SnP yang dah di stamping dan dapat sign dari owner.
fuhhh lega. so owner tak boleh sesuka hati jual rumah tu.
kalau cancel, owner akan bayar balik 2 kali ganda downpayment kami.


so bila dah dapat dokumen SnP boleh la keluarkan duit KWSP.
so kali ni, nak share cara pengeluaran duit KWSP
duit KWSP tu tak lama.tak sampai 3 hari bekerja duit dah ada dalam akaun.
so make sure dokumen lengkap yea adik kakak,
kalau tak, nanti rugi je pi pejabat KWSP tapi tak dapat.
lagi kecewa kalau korang ambil cuti semata-mata nak uruskan pengeluaran
wang KWSP kemudian kena reject.huhuhu

first, sediakan dokumen yang diperlukan. 
Borang Pengeluaran KWSP 9P (AHL)- boleh download dari website KWSP
tak dapat download boleh ambik jea kat kaunter
Sales and Purchase (SnP) agreement 
offer letter loan daripada bank 
surat dari pemaju

dokumen SnP dengan offer letter bank tu kene fotostat each muka surat yea
salinan kad pengenalan or buku bank semua tu, pegawai KWSP tak ambil pun
no akaun bank kita akan isi kat borang pengeluaran KWSP.

jumlah pengeluaran
jumlah maksimum wang yang boleh di keluarkan ialah 20% daripada harga jualan rumah.
contoh harga rumah RM1 juta.
korang boleh keluarkan maksima duit kwsp dalam RM 200 ribu.
so kalau rumah ada dua penama, dua2 boleh keluarkan amaun macam tu.
kami berdua kuarkan semua akaun 2. kaya sekejab..muehaha
abis akaun 2 kwsp suami isteri demi rumah. tapi tak pe.nanti kita kumpul lagi :)

cara pengeluaran 
nik submit borang dekat KWSP Puchong. ambil nombor giliran dan tunggu.
pengawai KWSP akan cek dokumen depan kita samaada lengkap or tak.
dokumen nik haritu tersalah no ic en hubby kat depan SnP jea. tak perasan pulak yang tahun 83 dan tukar ker tahun 73.haha,,tua 10 tahun. salah skit tu pun tak boleh yea
so terpaksa ke pejabat peguam balik untuk mintak dia ubah.

tempoh masa duit masuk 
KWSP ni memang pantas dan sistematik..nik pi buat pengeluaran sama-sama dengan hubby pada 23 april 2014. then Isnin dah dapat duit. Selasa dapat sms bgtau duit dah masuk..haha
duit masuk dulu baru sms dapat. 

Terima kasih KWSP
bila dapat duit KWSP, kami bayar balance duit lawyer

tunggu lebih kurang sebulan lebih jugak tuk dapatkan kunci rumah.
lawyer uruskan proses tukar nama.proses tukar nama ni la ambik masa skit
ada masalah dengan pemaju. grrrrr


bila semua urusan lawyer selesai, bank akan release duit pinjaman melalui lawyer
 so rumah jadi hakmilik kita dan owner akan bagi kunci rumah.

Dapat rumah..yeayyy
pakej rumah sekali dengan pokok kelapak
ku sangka 1 pokok, rupanya 2 pokok kelapak....muehaha




kira cepat jugak la proses pembelian rumah kami. sebab rumah tak ada tunggakan.
owner sebelum ni dah abis bayar.terasa lama skit masa proses tukar nama jea.
syukur Ya Allah.macam tak percaya lak ada rumah sendiri. harta sendiri.
terima kasih en hubby. 

so jom renovate rumah.
nanti banyak entry akan up entry progress renovate rumah *wink wink


Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

Trending Articles