Quantcast
Channel: ❤ Journal of my life ❤
Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Akad Nikah Outfit & Kasut

$
0
0
Assalamualaikum

lambat update story sebab tunggu gambar cantik dari Official Photographer (OP).
lepas tunggu punya tunggu kemain lambat. macam dah basi lak cerita nikah adik.ngehngengeh
so kita cerita la mana yang sempat. setiap kali adik nikah, setiap kali tu la kakak pengantin wajib update review. kali ni nak review pasal attire nikah adik.baju ni antara benda penting masa majlis. especially untuk perempuan. biasanya kaum lelaki tak kisah sangat.

untuk baju nikah adik decide untuk buat sendiri dan tak sewa. adik guna khidmat Amnibridetobe
owner butik ni baik sangat2, servis memang bagus. tak jumpa pun masa deal sebab adik kat London, memang 100% deal dalam whatapp. adik hantar gambar dan bagi ukuran baju yang dia nak.
akak ni buat sebijik apa yang adik nak. masa pi fitting tu, terus dapat agak yang tergantung tu baju adik . tengok real lagi cantik uollss.lagi2 jahitan maniknya.
kain flowy2 ala-ala princess. meleret but just nice je.

sejak gambar adik keluar dekat IG Amnibridetobe
nik tengok ramai lak yang tempah design seakan sama.
guna fabric chiffon untuk baju nikah.warna baju nikah offwhite
ni baju kurung moden, kain kembang.
rasanya kalo tak silap total cost kain + upah jahit RM 460 untuk baju pengantin perempuan sahaja yea. harganya sangat la berbaloi.kalau tempah dekat designer terkenal mau 1K kalau design gini.hihi
decided nak tempah sebab harga sewa dan beli, kos nya hampir sama, but bila sewa kita pulang baju tu so duit dah burn. baju sendiri boleh simpan.tak pun boleh jea jual. kalau dapat jual RM 300 pun kira dah cukup untung dari duit burn kan. ngehngehngeh
veil di buat oleh orang yang sama.simple but gorgeous 
half mood jea adik beli sendiri.

Amnibridetobe ni terima tempahan secara online. bila tempah online ni korang kena berani tanggung risiko.risiko kot salah ukuran, miss-communication maybe berlaku.but
Amnibridetobe ni highly recomanded, puas hati dengan servis dia.
dia boleh buat design macam yang kita nak .jahitan cantik dan kemas, harga pun berpatutan
tailoring/custom made dress
017-285 4006
pada korang yang baca blog nik sebelum ni tahu yang adik nik pernah kena tipu dengan tailor online .lama tunggu baju tak siap2 kan. boleh klik entry Tailor Penipu tuk baca sekali lagi.

Kasut
selain baju pengantin, kasut pengantin pun kena amik kisah jugak.
skarang trend OP ambik gambar kasut kan.alang-alang dah upah OP kan, so melaram la. 
sekali seumur hidup jea jadi pengantin kan.hihi.lagipun akad nikah adik kat masjid, so nak berjalan ke masjid tu harus la pakai kasut. tak kan nak ber selipar jepun lak
and then lepas akad nikah, akan ada outdoor photoshoot so sebab tu perlukan kasut.
pengantin siap beli 2 pasang kasut lagi. end up pilih brand Benjamin Adams London.
simple jea kasutnya.kasut jenis lace. 
boleh tengok kat dalam video ni.gambar terlupa nak snap lak. 
gambar kasut pilihan kedua. design sebijik dengan adik nik yang dulu.
dulu warna pink. boleh klik baca entry dulu
jumpa di next review.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 794