Quantcast
Channel: ❤ Journal of my life ❤
Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

Patahnya Sebelah Sayap Full Episod (Tamat)

$
0
0
Assalamualaikum
 jarang sangat layan drama kat tv. tahun ni boleh kira dengan jari berapa drama tv yang iolls layan
ni salah satu nya drama favourite iolls untuk tahun 2016.
saja update kat blog.nanti rindu boleh ulang tengok.hihi


JUDUL : PATAHNYA SEBELAH SAYAP
EPISOD : 15 episod
SKRIP : Mia Marziah
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd, Faiz Hak, Zainab Othman

WATAK PELAKON
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Syainie Shuhaimi sebagai Lin
Putra Amaris sebagai Rizal
Zainab Othman sebagai Halimah
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Neera Azizi sebagai Mira
Muhamad Faiz sebagai Mirul
Mili Sebagai Habibah

SINOPSIS
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Patahnya Sebelah Sayap Episod 1


Patahnya Sebelah Sayap Episod 2


Patahnya Sebelah Sayap Episod 3


Patahnya Sebelah Sayap Episod 4


Patahnya Sebelah Sayap Episod 5


Patahnya Sebelah Sayap Episod 6


Patahnya Sebelah Sayap Episod 7


Patahnya Sebelah Sayap Episod 8


Patahnya Sebelah Sayap Episod 9


Patahnya Sebelah Sayap Episod 10


Patahnya Sebelah Sayap Episod 11


Patahnya Sebelah Sayap Episod 12


Patahnya Sebelah Sayap Episod 13


Patahnya Sebelah Sayap Episod 14


Patahnya Sebelah Sayap Episod 15


-TAMAT-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 794

Trending Articles