Quantcast
Channel: ❤ Journal of my life ❤
Viewing all 794 articles
Browse latest View live

cerita ahad lepas

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

dah nak hari ahad balik dah, barulah nak update citer ahad lepas yer :)
ok la. janji update kan walaupun tak ada la menarik mana pun citernyer.ngehngehngeh

lepas singgah di Festival Belia Putrajaya.
 kami decide nak gi makan grilled chicken chop tapi tak ada la pulekkan.
kecewa.so kena pilih menu lain. dah blur nak pilih yang mana.kalau tak order makanan lain lagi boleh la cari kedai lain kan.huhu ..so nak tak nak order la mee hailam.

ni rupa mee hailam dia. makanan ni nampak jer sedap. tapi rasa dia tak sedap
perut  dah lapar sangat, makan jugak la..huhu

ni lak nasi goreng melayu. keropok dia pun dah tak sedap :(


air fresh oren dia jea yang sedap :)
tak nak dah la singgah sini.kalau teringin nak makan grilled chicken chop pun baik pi makan kedai mamak kat kawasan taman jea la.

apa pun, happy weekend semua!!! enjoy ur cuti okey.
skarang ni cepat sangat masa berlalu, rasanya last week baru je cuti. ni dah cuti balik huhu.
k bye


Epilog Cinta Khirana Full Episod

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Drama ini merupakan adaptasi dari novel yang bertajuk Mencari Jalan Ke Syurga.


Samarinda – Epilog Cinta Khirana (16 Episod)
Selasa hingga Khamis, 10.00 – 11.00 malam, mulai 10 April 2013

Penerbit: Zeel Production
Pengarah: Azmi Hatta
Penulis Skrip: Hasliza Ismail
Lagu Tema: Cinta Sesungguhnya (Sabhi Saddi)

Pelakon: 
Tasha Shilla (Dayang Khirana), Nazim Othman (Shahrul Azwan), Aliff Aziz (Sharqir Ikhwan), Fiza Halim (Zulaikha), Arash Mohamad (Dato’ Shamsul Ariffin),Raja Ilya (Eugene), Izati Abdullah (Rozana), Wan Shades (Pak Lang Daud), Raja Ema (Mak Lang Rabiah), Hairi Safwan (Luqman)

Sinopsis Drama Epilog Cinta Khirana
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik. 

Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar. 

Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel. 

Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu. 

Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut.  Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu.  Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.  

Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan.  Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya.  Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda.   Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas.  Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.  

Shahrul Azwan mempersoalkan  adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya.  Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu.  Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.

Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka.  Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali.  Shahrul Azwan ingin bersikap adil.  Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih.  Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar? 

Epilog Cinta Khirana Episod 1
Epilog Cinta Khirana Episod 2
Epilog Cinta Khirana Episod 3
Epilog Cinta Khirana Episod 4
Epilog Cinta Khirana Episod 5
Epilog Cinta Khirana Episod 6
Epilog Cinta Khirana Episod 7
Epilog Cinta Khirana Episod 8
Epilog Cinta Khirana Episod 9
Epilog Cinta Khirana Episod 10
Epilog Cinta Khirana Episod 11
Epilog Cinta Khirana Episod 12
Epilog Cinta Khirana Episod 13
Epilog Cinta Khirana Episod 14
Epilog Cinta Khirana Episod 15
Epilog Cinta Khirana Episod 16


(11 gambar) Sekitar Majlis Pertunangan Fouziah Gous Dan Md Zhafran

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 dan kekasihnya yang juga merupakan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf), 30.

Majlis berkonsepkan ala Inggeris dengan tatahias warna putih yang berlangsung restoran Asmara Pencahala, Sungai Penchala dalam suasana yang cukup meriah dihadiri seramai 500 terdiri saudara mara, kenalan rapat, dan para wakil media.















ala.naper cantik sangat ni.jeles tengok.
apa pun, semoga ikatan pertunangan mereka ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin yang dikatanya akan dilangsungkan pada bulan September nanti. bagus la kan. tak yah tunang lama-lama. dah cukup duit tu kawen jea la :)

sumber gambar :
 PROJECT2PI via instagram

(gambar) Majlis Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Setelah enam tahun menyulam cinta sejak tahun 2008, pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam akhirnya sah bergelar suami kepada Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin, 31, dengan sekali lafaz, sekitar jam 9.45 pagi tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Dewan Shah Alam N'dah, Shah Alam. 

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM 11,111.11

jom tengok beberapa gambar di majlis pernikahan mereka.










Selamat Pengantin Baru
Semoga ikatan yang dibina berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat

sumber gambar dan info

Dinner treat Di Secret Recipe Puchong

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

entry pasal makan-makan lagi. kali ni suami nak belanja. kecik tapak tangan, perut kosong nik tadahkan..ngehngehngeh..lagipun asyik bawa cik isteri ke kedai tepi jalan jea.sekali-sekala en hubby kena la bawa cik isteri ke tempat best sikit. Secret Recipe pun dah teruja si isteri.

senyum sampai telinga dah ni  ^___^ ..sekali-sekala bolehlah makan kat sini, masa awal-awal dapat gaji.
 rasa macam dah lama tak makan makanan berat kat Secret Recipe ni. minggu lepas makan kek jea.siap tapau 4 jenis kek lagi. ngehngehngeh

selamat menjamu selera mata
ni menu kami semalam :) .. makanan feveret

.Spaghetti Bolognese.


hubby order menu ni
.Dory Fillet with Lobster Sauce.


.Watermelon Juice.

. Air Fruit Punch.


terima kasih en hubby sebab belanja makan.lain kali belanja lagi.

(video) MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Episode 25 & 26

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Peti saji misteri
bahan kali ini... Rusuk kambing, Markisa, Kacang Pistachio, Serai dan Cili Padi.
peserta dikehendaki memasak dalam masa 45 minit dan di beri mengambil 6 bahan tambahan sahaja 

sebahagian hidangan peserta MasterChef Selebriti Malaysia
Rusuk Kambing Serai oleh Michael Ang

Enot - Stik Kambing

Rusuk Kambing Masam Bersama Sos BBQ - Cat Farish

 Kambing Khabi Kushi Khabi Gham - Kenchana Devi
Michael menang dalam cabaran Peti saji misteri

Ujian Cipta Rasa
ada 9 penutup yang mengandungi bahan dan 9 lagi penutup yang lain  mengandungi cara memasak
Michael diberi ganjaran memilih dahulu.selain tu, ganjaran untuk Michael.. beliau boleh untuk tukar cara memasak.Michael Ang menukar jenis masakan dengan Syanie
Michael juga diberi 10 minit tambahan memasak

Hidangan oleh Lydiawati

Hidangan oleh Cat

Hidangan Sotong oleh Kenchana

Sup oleh Enot

Hidangan oleh Michael

Hidangan Syura
Syura memenangi cabaran ini!
Syanie, Lydiawati, Enot dan Cat Farish akan ke pusingan penyingkiran
Pusingan penyingkiran
peserta di uji dengan memasak TELUR dengan cara yang berlainan iaitu telur dadar, telur setengah masak, telur mata kerbau dan poached egg
hanya diberi 4 biji TELUR dan bermakna cubaan hanya sekali
keputusannya Lydiawati terpaksa meninggalkan MasterChef Selebriti Malaysia


tonton online di sini

pstt!!!
 suka tengok Cik Ta cakap longat Kedah, Syanie lak longat Kelantan

ke majlis kenduri kahwin ex-opismate

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

entry kali ni cerita pasal kahwin.
Ahad lepas nik dapat jemputan kenduri kahwin kat Petaling Jaya.
ex opismate masa kerja kat Jalan Klang Lama dulu.
yeayy..dah kawin dah dia.Alhamdulillah nampaknya majlis berjalan lancar :)

sebelum tu, singgah IOI Mall dulu beli hadiah.
tadaa..ni jea yang mampu kami bagi.

sempat lagi posing dalam kete, kuikuikui..licin berseri kulit muka uolss..kesan dari camera 360 .hahaha
mata sembab sebab tak cukup tido

nik memang sengaja kosongkan perut sebab nak makan nasi kat kenduri.hehe
lagipun dah lama teringin nak makan lauk kenduri kahwin
berbaloi la.makanan dia memang sedap sangat.
 lagi-lagi rendang daging dia. tak liat langsung.senang jea nak makan :) acar nenas pun sodap
tema kaler oren. sampai ke air kaler oren tau..hehe




gambar kabur :)

Selamat Pengantin Baru Lin dan Dapit
semoga berbahagia bukan setakat anak cucu, tetapi sampai syurga


Drama MisiKu Kuza Full Episode

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Misiku Kuza menyorot kisah hidup dalam dunia perubatan dan diselitkan dengan kisah cinta yang menarik.Kisahnya mengenai seorang doktor kacak ni bernama Aaron aziz(Arja Lee). Dia tidak lagi mempercayai cinta selepas dikhianati oleh bekas isterinya dulu.

Bagaimanapun kehadiran Kuza(Erin Malik) yang menjalani latihan di hospital tempat kerjanya telah merubah persepsi Dr Aaron tentang cinta.Namun cintanya itu diganggu oleh adiknya sendiri lakonan Hairul Azreen yang turut mempunyai perasaan terhadap Kuza. Apa berlaku selepas itu? Sama-sama kita lihat sama nanti adakah pintu hati Doktor Aaron  akan terbuka. Jangan ketinggalan saksikan Misiku Kuza.


MISIKU KUZA (ASTRO RIA)
JUMLAH EPISOD: 13
MULA TAYANGAN: 6 Mei 2013
MASA: 10 malam
PELAKON : Arja Lee, Erin Malik,Hairul Azreen

Tonton Drama Misiku Kuza

MisiKu Kuza Episode 5
MisiKu Kuza Episode 6
MisiKu Kuza Episode 7
MisiKu Kuza Episode 8
MisiKu Kuza Episode 9
MisiKu Kuza Episode 10
MisiKu Kuza Episode 11
MisiKu Kuza Episode 12
MisiKu Kuza Episode 13



(video) MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Episode 27 & 28

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers



Cabaran Sajian Luar ..kali ni mereka masak di dapur professional
mereka perlu meniru hidangan yang telah di sediakan.
dan perlu menyediakan hidangan untuk 25 orang.


Pembuka selera Pasukan MERAH
Pembuka selera pasukan BIRU

Hidangan utama Pasukan Merah
Hidangan utama Pasukan BIRU

Pemanis Mulut Pasukan MERAH
Pemanis Mulut Pasukan BIRU

Kumpulan MERAH memenangi Cabaran Sajian Luar kali ini
Pasukan BIRU akan ke penyingkiran


di pusingan penyingkiran ada Ujian Kemahiran, bahanya adalah TELUR.
mereka akan menyediakan "meringue" dengan memukul putih telur
pukul hingga tak jatuh bila bowl di terbalikkan. Celina berjaya dalam ujian kemahiran.




3 selebriti yang lain perlu menyediakan hidangan menggunakan bahan yang mereka pukul tadi
1 jam diberikan

Che Ta - Pavlova Dealova
Salji Putih oleh Cat Farish
Syura - Pavlova Lembut Bersama Buah-Buahan

Cat telah tersingkir untuk episod kali ni.

tonton online MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Episode 27 & 28




salam semua :)

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Selamat pagi dan Salam jumaat penuh keberkatan buat semua.
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..
jangan lupa besyukur kerana masih bernafas di muka bumi Allah ni. Alhamdulillah:)

 ramai yang suka hari Jumaat kan. sebab esok dah cuti. hehe
nik lagiiii suka sebab Sabtu ni keje.uwaaa..bulan ni triple busy
kena siapkan banyak kerja sebelum stock take hujung bulan ni..fuh memang penat
kerja bahagian operation macam ni la kan. 



nak share kata-kata someone, suka sebab dia selalu update kata-kata yang memberi motivasi :)

Tip melapangkan sesak dada sebab manusia.. . Manusia, semula jadinya, bersih jiwa dan sukma. Jangan fikirkan sangat keburukan mereka bila kita dikecewa atau hati diluka. Tapi, fokus kepada kebaikkan yang pernah mereka lakukan utk kita.. Kita juga sama seperti mereka, tidak sempurna..Jadi, maafkan mereka, baik sangka sentiasa, doakan, agar mereka berubah, dan yang penting, kita dulu berusaha ubah diri kita, muhasabah diri. Ubah, dari tak baik, jadi baik, kalau rasa dah baik, usaha jadi lebih baik, dan yang terbaik - bukan di mata manusia, tapi seperti yang Allah perintah kita..Kalau org tak puji pun, tak 'Like' pun, hati tetap bahagia sebab niat kita Lillahi Ta 'ala..Pujian manusia sementara saja, silap-silap, boleh tambah dosa jika syaitan berjaya 'masukkan jarum riya'. Nauzubillah. Ikhlaskan hati sentiasa, agar Allah temukan juga org yang ikhlas berkawan dgn kita, bantu org walau kita tidak sesenang mana, agar Allah bantu kita ringankan beban kita terhadap manusia. Kalau kita rasa org lain susahkan kita, kita juga tentu pernah 'susahkan' sesiapa. Jika kita harap org maafkan kita, kita dulu maafkan semua.. Doakan juga sentiasa, Semoga Allah Sayang semua.
-Shahrina Ahmad Sharkawi-

 to all the readers, have a great weekend..
ampun maaf sebab tak sempat nak blogwalking. nanti ada masa pasti nik terjah blog korang
thank you for dropping by here. :D

Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episod

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers




Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.

Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Tiz Zaqyah dan Izzue Islam


OST Sebenarnya Saya Isteri Dia- Kita

kalau tak sempat tengok kat tv, boleh tengok online

Episod sekarang: 9

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13

(gambar) Majlis Pernikahan Beego & Linda Hashim

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Hanya dengan sekali lafaz tepat jam 9.26 malam selepas solat Isha’, Mohammad Aszerul Nizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Beego, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim atau Linda Hashim, 29, di Masjid Usamah Bin Zaid.

Beego dan Linda telah diijabkabulkan oleh imam, Ustaz Mohd Nizam Bin Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM35, 000.

sumber : Oh Bulan










hantaran











Selamat Pengantin Baru
Semoga perkahwinan ini diberkati. Bahagia hingga ke Jannah! Amin.. :)

dari Twitter ke Jinjang Pelamin

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Juara Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Zahid dan pasangannya, Sarah Julifa Yusof, selamat diijab kabul pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak, pada 7 Jun 2013 (Jumaat)

Zahid, 32, yang juga penyampai radio ERA FM sah menjadi suami kepada Sarah Julifa, 25, dengan hanya sekali lafaz. 

Menurut Zahid, perkenalan antara dia dan gadis berusia 25 tahun itu bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter. Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.

gambar dan video pernikahan Zahid dan Sarah yang kami ambil dari Facebook Fanpage Era FM








artis pun jumpa isteri kat laman sosial tau. tu la di namakan jodoh kan :)
nik kenal hubby di friendster, masa tu tengah mengganggur, sebab baru habis belajar. so bosan tak ada buat apa kat rumah. mengadap internet la sambil -sambil cari kerja. masa tu nak dapatkan internet kena sambung kat telefon.hahaha..giler lama kan :)

(video) MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Episode 29 & 30

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers



cabaran peti saji misteri.. mereka perlu memasak testikel kambing
1 minit 30 saat di pantri..10 bahan perlu ambil dan di beri 45 minit untuk memasak

Telur Kambing Goreng Bersama Sos Kacang Kuda - Kenchana

Nasi Periuk Tanah Bersama Telur Kambing - Michael Ang

Mousaka Telur Saka - Che Ta

Syanie - Keteluran Masak Kicap

Syanie pemenang!

Ujian Cipta Rasa.. bahan-bahan dari negara asia
sebagai ganjarannya, Syanie diberi peluang untuk memilih

siapa dapat bahan mana?
Syanie -Thailand, Kenchana-Vietnam, Enot-India, Syura-Indonesia, Che Ta-Filipina
Micheal – Jepun, Celina – China

dan masing-masing juga dapat Dada Ayam.
setiap negara ada "signature dish" berasaskan ayam.
45 minit masa untuk memasak

dan akhirnya 4 selebriti ke pusingan penyingkiran

cabaran mereka ialah mereka perlu sediakan satu pemanis mulut menggunakan herba-herba seperti bunga kantan, serai, daun limau purut dan daun selasih.

Puding Kukus Serai oleh Celina

Brulee Purut oleh Che Ta

Tiramisu Serai dan Daun Limau Purut - Enot

Hidangan Tart oleh Michael Ang

 Enot tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2 episod 30. so tinggal lagi 6 selebriti
iaitu Syura,  Celina dan Syanie, Che Ta, Michael Ang dan Kenchana Dewi.

tonton online MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Episode 29 & 30





Ezad Lazim/Exist & Azeana Wedding

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

jom layan gambar pengantin lagi.kikiki
gambar pernikahan bekas vokalis kumpulan Exists yang kini bergerak secara penyanyi solo, iaitu Ezad Lazim dan Nor Azeana Haji Ramli. mereka dah nikah 30 Mac 2013 lepas.
Majlis Resepsi lak baru diadakan 1 Jun lepas.
berkenan sangat dengan baju-baju pengantin yang diorang pakai. semua cantik.

jom nengok gambar-gambar menarik

Solemnization



cantik isterinya

aksi spontan pengantin



Outdoor Session








Ezad Lazim/Exist & Azeana Reception






semoga ikatan ernikahan EZAD & ZEANA berkekalan hingga ke Syurga
InsyaAllah

sumber gambar




(video) MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Episode 31 & 32

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers


cabaran Sajian Luar
Lokasi mereka kali ini.. Laman Grill milik Chef Zubir
40% Chef akan beri markah dan 60% dari tetamu.. yang juga Chef-chef professional!
mereka perlu hasilkan "Steak" yang enak dan lazat dan masak "Steak" hanya apabila ada pesanan



Pasukan MERAH menang!
Pasukan BIRU akan ke pusingan penyingkiran!

di pusingan penyingkiran mereka perlu rasa dan sebut salah satu bahan dalam Bubur Lambuk!
Michael Ang dan Kenchana telah salah meneka bahan.. Che Ta terselamat!

dan mereka berdua perlu replikasikan Bubur Lambuk dalam cabaran penyingkiran
70 minit dengan pantri terbuka

Bubur Lambuk oleh Michael Ang

Bubur Lambuk oleh Kenchana

 Selamat tinggal Michael Ang.. The LAST Man Standing

tonton online MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Episode 31 & 32






(gambar) Sekitar Majlis perkahwinan Daus AF8 and Syaza Shamimi

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

entry majlis perkahwinan lagi.ngehngehngeh
rugi kalau tak share sebab gambar awesome sangat :)
kan best kalau gambar wedding nik macam gini.hahaha * tetiba kan

 Daus AF8 atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 25, telah melangsungkan pernikahannya dengan gadis cantik bernama Shaza Shamimi malam Jumaat lepas.

cantik-cantik gambar nikah dan resepsi diorang.
dah la kedua-dua pengantin ni comel jea :)
jom cuci mata tengok.














A beach wedding reception

bunga tangan dia cantik :)





\


sumber gambar

(gambar) Outdoor Photoshoot Zahid AF Dan Sarah Julifa

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

sekarang kan trend kahwin mesti nak buat outdoor photoshoot.
masa ni la pengantin boleh bergambar dan berposing lebih sebab selalunya hanya ada pengantin dan photographer jea. so tak la malu sangat nak posing kan?? hahaha

jom layan outdoor photoshoot Zahid AF Dan Sarah Julifa . simple jea tapi menarik bagi nik :)
suka baju pengantin kaler hijau ni.
















sumber gambar

(gambar + video) ribut di Jalan Macalister, tiang antena runtuh, 7 cedera

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers



Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Akibat dari kejadian itu,hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu.

sumber : Sinar Harian







Hafiz + Arniesha Azureen | Reception

$
0
0

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

warna putih memang sinonim dengan warna baju pengantin, nampak lebih suci.
berkenan dengan baju yang di pakai pengantin perempuan ni. pada yang tak tahu pengantin perempuan ni puteri sulong pelakon,  Rosyam Nor, Arniesha Azureen namanya.

pengantin ni memang suka kaler putih rasanya. dari majlis nikah sampai ker majlis resepsi sebelah perempuan dan lelaki, baju pengantin semua warna putih.cuma design jea yang berlainan
yang penting semua nya cantik  :)

jom layan gambar menarik ni
Hafiz + Arnieshaa | Reception

beautiful dress









Hafiz + Arnieshaa | Reception at Dewan Felda Perdana
(18.5.2013)






Hafiz + Arniesha Azureen - The Solemnization at Felda Villa












Viewing all 794 articles
Browse latest View live